
PETALING JAYA: Sebanyak 17 premis komersial berhampiran kawasan runtuhan tebing longkang utama di Jalan LP 1A/2, Lestari Perdana, Seri Kembangan, diarah menghentikan operasi dan mengosongkan premis sehingga kawasan berkenaan disahkan selamat.
Menurut Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Serdang A Anbalagan atas nasihat Jabatan Kejuruteraan MBSJ dan bomba.
MBSJ berkata, pihaknya turut mengarahkan pemilik kenderaan di kawasan tersebut untuk mengalihkan kenderaan masing-masing serta-merta.
“Pasukan PANTAS MBSJ bergegas ke lokasi selepas mendapat makluman daripada pihak bomba Selangor. IPD Serdang turut sama membuat kawalan dan pemantauan awalan,” katanya dalam kenyataan.
“Hasil siasatan mendapati runtuhan tebing adalah sepanjang 90m dengan ketinggian 9m…