Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1,700 peket minyak masak bersubsidi dirampas di Sandakan

today28 June 2026

Background


minyak masak peket
APMM rampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi daripada perahu yang mencurigakan. (Gambar Bernama)
SANDAKAN:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi di perairan jeti nelayan Kampung Combo, semalam dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Muhamad Suhairy Hussain, berkata rampasan pada 3 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan.

“Sepasukan anggota yang melaksanakan operasi rutin diatur gerak ke lokasi dan sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, individu yang berada di perahu terbabit bertindak terjun ke laut serta meloloskan diri ke kawasan bakau berhampiran.

“Pemeriksaan dalam perahu menemukan 100 bungkusan plastik hitam berisi peket minyak masak bersubsidi. Beberapa bungkusan sama turut dijumpai terapung di permukaan laut dipercayai dibuang oleh suspek,” menurut kenyataan.

Usaha mengesan individu terlibat sedang giat dijalankan….

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post