
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 17,134 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
Menerusi ciapan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 2,956,332 kes.
Ia adalah peningkatan sebanyak 23% daripada 13,944 kes Covid-19 yang dilaporkan semalam.
Ini juga kali pertama jangkitan harian mencecah 17,000 kes sejak 17 Sept tahun lalu, dengan 17,577 kes dilaporkan.
Daripada jumlah kes baharu hari ini katanya, hanya 0.5% atau 86 kes termasuk dalam Kategori 3 hingga 5 ketika didiagnosis.
Beliau berkata, seramai 5,681 pesakit sembuh, menjadikan keseluruhannya 2,829,752 kes pulih.
Bagaimanapun, 143 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 83 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 60 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Daripada jumlah pesakit di ICU itu, 78 orang memerlukan bantuan pernafasan, dengan 35 daripadanya positif Covid-19 dan 46 lagi masih dalam…