Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

18 Rumah Amal Eksploitasi 402 Remaja Bawah Umur

today12 September 2024

Background

Ternyata pendedahan terhadap modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) semakin hangat diperkatakan.

Malah, topik perbincangan ini antara yang menjadi trending di platform X sejak ia dibongkarkan pada Rabu.

Mana tidaknya, sisatan polis mendapati  modus operandi yang dilakukan di rumah amal tersebut mendedahkan bahawa mangsa iaitu kanak-kanak yang berumur setahun hingga 17 tahun diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Memetik laporan Berita Harian, dalam Op Global yang dijalankan, seramai 402 kanak-kanak yang terdiri dari lingkungan umur tersebut diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri dari 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

 

Selain itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain diliwat dan meliwat, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.

“Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.

“Menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam,” katanya kepada pemberita.

 

Sumber: Berita Harian, X

Written by: Salma


Previous post