
PETALING JAYA: 10 pengedar dadah antara 188 individu diberkas polis dalam Ops Sarang Khas selama tiga hari berakhir hari ini, membabitkan lima daerah di Pahang.
Lima daerah terbabit ialah Kuantan, Pekan, Rompin, Bera dan Bentong dan operasi dilakukan polis bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf, berkata daripada jumlah itu, 10 daripadanya pengedar dan selebihnya penagih termasuk dua wanita berumur antara 15 hingga 60 tahun.
Katanya, tangkapan itu turut membabitkan tujuh individu dikehendaki berkaitan kes jenayah.
“Op Sarang Khas ini membabitkan 12 kawasan Felda iaitu Bukit Goh, Bukit Kuantan, Lepar 1 dan 2, Bukit Gambang, Mempaga, Kemasol, Kemahal, Chemomoi,…