Hot FM

188 individu, termasuk 10 pengedar dadah dicekup dalam Ops Sarang Khas



Op Sarang Khas dilaksanakan bagi menggempur sarang pengedar dan penagih dadah yang semakin berleluasa di kawasan Felda berdasarkan risikan dan maklumat, kata Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: 10 pengedar dadah antara 188 individu diberkas polis dalam Ops Sarang Khas selama tiga hari berakhir hari ini, membabitkan lima daerah di Pahang.

Lima daerah terbabit ialah Kuantan, Pekan, Rompin, Bera dan Bentong dan operasi dilakukan polis bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf, berkata daripada jumlah itu, 10 daripadanya pengedar dan selebihnya penagih termasuk dua wanita berumur antara 15 hingga 60 tahun.

Katanya, tangkapan itu turut membabitkan tujuh individu dikehendaki berkaitan kes jenayah.

“Op Sarang Khas ini membabitkan 12 kawasan Felda iaitu Bukit Goh, Bukit Kuantan, Lepar 1 dan 2, Bukit Gambang, Mempaga, Kemasol, Kemahal, Chemomoi,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version