Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

19 kematian baharu Covid-19 | Free Malaysia Today (FMT)

today16 January 2022

Background



Selangor mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam iaitu sebanyak 5 kes.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, enam korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,781.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Perak dan Sabah (masing-masing tiga), Johor, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing dua) serta Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,785 kes aktif dilaporkan, termasuk 193 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 90 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,828 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post