
Sebanyak 19 kes melibatkan seramai 12 ahli politik diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di mahkamah tinggi dan mahkamah rendah seluruh negara, antara tahun 2010 hingga Julai 2026.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis).
Wakil rakyat itu bertanyakan berapa jumlah kes pertuduhan jenayah yang melibatkan ahli politik dan pemimpin berprofil tinggi yang diberikan DNAA dalam tempoh dari tahun 2010 hingga Julai 2026, siapa terlibat dan jenis pertuduhan yang dikenakan.
Azalina menerangkan bahawa jawapannya berdasarkan input yang diterima daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, hasil semakan kes rekod jenayah di mahkamah.
Beliau bagaimanapun tidak…