Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik

today28 July 2024

Background


Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi melawat Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebanyak 19 pelajar yang menyertai kejohanan di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin menerima rawatan di hospital selepas dipercayai mengalami pelbagai gejala termasuk muntah, demam dan kulit gatal.

Menurut Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 yang berlangsung dari Selasa hingga Khamis lepas itu disertai kira-kira 900 pelajar.

Beliau berkata, berdasarkan laporan terkini, hanya seorang pelajar masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Susulan kejadian itu, katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang mengkaji tahap air di pusat akuatik berkenaan.

“Tahap air di sini (Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin) sedang dikaji, sama ada ia memberi kesan kepada 19 pelajar tersebut.

“InsyaAllah keputusan laporan dapat pada Isnin (esok),” katanya pada sidang media selepas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post