Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1,912 calon simpanan diserap jawatan tetap KKM

today10 October 2023

Background


Kementerian Kesihatan berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam meluluskan pelantikan 1,912 calon simpanan ke jawatan tetap perubatan, pergigian dan farmasi.

PETALING JAYA: Seramai 1,912 calon simpanan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi diserap ke jawatan tetap selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meluluskan pelantikan itu pada bulan lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata pelantikan itu melibatkan 1,226 calon simpanan pegawai perubatan, 216 pegawai pergigian dan 470 pegawai farmasi.

“Pelantikan ini adalah selaras dengan baki kekosongan sedia ada dan kelulusan perjawatan tetap oleh agensi pusat pada 2023,” kata kenyataan itu.

KKM berkata urusan tawaran pelantikan tetap dan penerimaan tawaran oleh calon simpanan sedang dilaksanakan menerusi Sistem Tawaran Pelantikan SPA (MySTP SPA) dalam tempoh 21 hari bermula 2 Oktober.

Menurutnya, semua calon diberi ruang untuk memilih sendiri penempatan secara dalam talian menerusi sistem ‘e-placement’ iaitu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post