Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna

today1 August 2024

Background


Kejadian 10.15 pagi tadi bermula dengan dua rumah roboh disusuli rumah lain ekoran struktur yang dibina berdekatan dan bersambung antara satu sama lain. (Gambar Facebook)

SEMPORNA: Seramai 196 mangsa membabitkan 30 keluarga terjejas selepas rumah atas air didiami mereka di Kampung Simunul Lorong 3, roboh pagi tadi.

Ketua Polis Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 membabitkan 190 mangsa tempatan manakala dua lagi didiami enam warga asing.

“Kejadian berlaku pada 10.15 pagi bermula dengan dua rumah roboh disusuli rumah lain ekoran struktur rumah yang dibina berdekatan dan bersambung antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian rumah roboh itu dipercayai berpunca daripada angin kuat dan ombak besar pada 8 Julai lalu yang menyebabkan struktur dua rumah menjadi condong.

Farhan berkata, selain itu pihaknya turut menerima 33 laporan berhubung insiden rumah roboh dan kerugian dialami…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

James Bond Turkiye kekal ‘cool’

Paris: Pemenang pingat perak Olimpik dari Turkiye, Yusuf Dikec berkata dia tidak terkesan dengan tumpuan terhadapnya selepas gaya santainya tanpa kelengkapan yang lengkap dan satu tangan di dalam poket menjadikannya sensasi internet.

today1 August 2024