
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak membela diri atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.
Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.
Najib yang juga bekas menteri kewangan kelihatan tenang selepas Sequerah membuat keputusan berkenaan, di akhir kes pendakwaan.
Najib memilih memberikan keterangan bela diri daripada kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal oleh pihak pendakwaan.
Najib dibicarakan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Seramai 50 saksi memberi keterangan ketika kes pendakwaan yang berlangsung selama 253 hari antara 28 Ogos 2019…