
PETALING JAYA: Tindakan keluar parti oleh dua bekas ADUN dan Exco dari Bersatu Johor tidak sesekali memberikan sebarang kesan terhadap parti keseluruhannya dan tidak menjejaskan pendokong Perikatan Nasional (PN) serta pengundi.
Ketua Bahagian Bersatu Labis Ahmad Humaizi Uzir berkata, tindakan yang dilakukan kedua-dua bekas ADUn itu juga adalah sekali gus memalukan diri serta penyokong mereka.
“Tindakan mereka untuk keluar dari parti selepas pembubaran Dewan Negeri Johor juga dilihat seperti bersifat politik dendam dan penakut, berkemungkinan sudah mengetahui diri tidak dicalonkan atas kegagalan menunjukkan prestasi yang bagus sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Johor.
“Sebagai ahli parti, saya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib penyokong dan pendukung kedua-dua bekas ADUN dan…