
PETALING JAYA: Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas dakwaan meminta dan menerima rasuah hampir RM7 juta bagi membantu menyelesaikan masalah duti eksais dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pada 2019.
Tertuduh, Chan Eng Leong dan Tan Kok Siang masing-masing berusia 50 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Berdasarkan semua pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa meminta suapan wang tunai dan bayaran cek keseluruhan RM6,675,150 daripada Pengarah syarikat GTM Land and Property Sdn Bhd Goh Choon Kim.
Ia sebagai dorongan untuk membantu menyelesaikan masalah duti eksais dengan JKDM bernilai RM108 juta yang dihadapi oleh syarikat Global Tobacco Manufacturers (Int) Sdn…