Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 ahli politik, aktivis didakwa berkait protes harga barang naik

today18 August 2022

Background



Hasbie Muda, Muhd Sabda Suluh Lestari Yahya dan Aliff Naif Mohd Fizam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal memaklumkan polis berhubung perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur bulan lalu.

KUALA LUMPUR: Dua ahli politik dan seorang aktivis pelajar didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan gagal memaklumkan polis berhubung perhimpunan memprotes kenaikan harga barang yang diadakan di ibu negara bulan lalu.

Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda, Ketua Pemuda PKR Batu Muhd Sabda Suluh Lestari Yahya dan aktivis pelajar Aliff Naif Mohd Fizam menganjurkan tiga perhimpunan berasingan.

Hasbie mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Menurut tuduhan, Hasbie gagal memaklumkan polis Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek, Kampung Baru, pada 1 Julai, yang disifatkan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

Hasbie dibenarkan diikat jamin RM3,000. Majistret…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post