

Dua anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM70, Jalan Bandar Permaisuri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, hari ini.
Ketua Polis Setiu Mohd Zain Mat Dris berkata pemandu kereta Honda Civic Muhammad Aminuddin Amran, 21, dan rakannya yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan Mohamad Shakiran Saidi, 36, meninggal dunia di tempat kejadian.
“Polis menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori treler pada 12.05 tengah hari.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung secara berdepan dengan lori treler.
“Perlanggaran itu menyebabkan kereta mangsa mengelongsor ke…