
PETALING JAYA: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah kereta yang gagal memotong, dalam kejadian di Jalan Teroi, Titi Lahar, Yan, malam tadi.
Dalam nahas pada 8.30 malam itu, mangsa, Zulqarnain Mohd Delmi, 22, dan adik lelakinya berusia 11 tahun parah di kepala dan badan, dengan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu warga emas berusia 61 tahun, cedera di dada.
Ketua Polis Yan Shahnaz Akhtar Haji, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda RS-X dinaiki mangsa datang dari arah Yan menghala ke Gurun, manakala kereta Toyota Vios itu dari arah bertentangan.
“Kereta Toyota Vios yang dipandu warga emas terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan, namun gagal lalu masuk ke laluan bertentangan (seterusnya) bertembung motosikal dinaiki dua beradik…