Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 beradik Orang Asli ditemui lemas

today5 May 2025

Background


Lokasi pedalaman dua beradik dikhuatiri lemas di Sungai Kilat, Kuala Krai, Sabtu lalu. (Gambar JBPM)
KUALA KRAI:

Dua beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat, di sini sejak Sabtu lalu ditemui lemas di dua lokasi berbeza hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin, berkata mayat pertama ditemui di Pengkalan Pasir, Paloh Rawa, Machang pada 8.50 pagi tadi.

“Mayat kedua pula dijumpai di Pengkalan Pasir, Bukit Panau, Tanah Merah kira-kira 10 pagi,” katanya kepada Bernama.

Semalam, dua beradik lelaki Orang Asli berumur 16 dan 17 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai pada 3 Mei lalu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Pacquiao kembali bertarung?

London: Manny Pacquiao sedia keluar daripada persaraan pada usia 46 tahun dan kini menyasarkan untuk merebut tali pinggang kejuaraan dunia, menurut laporan semalam.

today5 May 2025