
PETALING JAYA: Seorang pesara cedera, manakala anaknya hampir putus jari kelingking kaki akibat dipukul bapa saudara seorang remaja dan rakannya selepas dipulas telinga kerana membuat bising semasa menunggang motosikal di Kampung Wakaf, Pasir Puteh.
Dalam kejadian 5.15 petang semalam, Mohammad Abdullah, 55, cedera ringan di seluruh badan, manakala anaknya, Muhammad Badrul Amin, 22, hampir putus jari kelingking kaki, cedera pada jari dan seluruh badan akibat dipukul dengan kayu, besi serta parang.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Ediansha Endal berkata siasatan awal mendapati Mohammad memulas telinga anak saudara seorang suspek itu kerana berang dengan tindakan remaja terbabit menunggang motosikal sambil membuat bising di hadapan rumahnya.
Katanya, remaja berusia 14 tahun itu kemudiannya mengadu kepada…