Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 beranak maut kereta bertembung lori di Muar

today17 July 2026

Background


Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas bertembung dengan lori dalam kejadian di Muar pagi tadi. (Gambar PDRM)
MUAR:

Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun bersama anaknya maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Temenggong Ahmad berhampiran Parit Unas di sini pagi tadi.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata siasatan awal pihaknya mendapati kereta Perodua Myvi dipandu anak warga emas berusia 58 tahun itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan pada 10.30 pagi.

Beliau berkata kereta itu kemudiannya melanggar sebuah lori yang bergerak dari arah bandar Muar menghala ke Parit Jawa.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berusia 35 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kaki menerima…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post