Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 beranak maut kereta terbabas di Gua Musang

today13 August 2023

Background


Mangsa yang juga pemandu kereta itu Normardiah Taha, 45, dan ibunya Fatimah Sa’aid, 67, disahkan maut di tempat kejadian.

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabas di Kilometer (KM) 73 Jalan Gua Musang-Lojing, awal pagi tadi. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Dua beranak maut apabila kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 73 Jalan Gua Musang-Lojing, awal pagi tadi.

Mangsa yang juga pemandu kereta itu, Normardiah Taha, 45, dan ibunya Fatimah Sa’aid, 67, disahkan maut di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 12.09 tengah malam itu.

Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata kejadian dipercayai apabila kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas sehingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh dan terbabas ke dalam parit sebelah kiri jalan serta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post