SHAH ALAM: Dua bulan selepas ditamatkan keahlian, bekas ketua penerangan Pemuda Bersatu Jasin, Na’im Brundage, kembali menyertai parti berkenaan dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) sayap itu.
Bercakap kepada FMT, Na’im berkata keahliannya ditamatkan pada 27 Sept lalu menjelang pemilihan parti di mana beliau menawarkan diri bertanding sebagai AJK.
Menurutnya, beliau diberitahu hukuman itu diambil susulan tindakannya keluar Bersatu pada 2022 untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Pada 27 Dis 2022, Na’im yang memegang jawatan sebagai ketua Pemuda PBM dipecat bersama 12 ahli lain termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Nor Hizwan Ahmad.
“Namun pada 2023 saya kembali sertai Bersatu tetapi menjelang pemilihan lalu dapat notis tindakan disiplin telah diambil kerana keluar parti pada…