Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 didakwa bunuh pelatih Puspen

today8 February 2023

Background



Tertuduh, Nur Aslam Faizal, 35, dan Suffian Effendy Kadri, 30, didakwa membunuh seorang pelatih Puspen, 31 Jan lepas. (Gambar Bernama)

SUNGAI SIPUT: Seorang kakitangan dan pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput atas pertuduhan membunuh seorang pelatih pusat itu bulan lalu.

Tertuduh, Nur Aslam Faizal, 35, dan Suffian Effendy Kadri, 30, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersama-sama membunuh Mohd Ali Mohd Nor, 50, di Puspen Perlop di sini kira-kira 10.30 pagi, 31 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R S Vitthiyeswary dan Nur Aslam diwakili peguam Keshviner Singh manakala…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post