Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 ditahan dalam siasatan kes bunuh Sg Bakap

today31 December 2025

Background


azizee ismail
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, mengumumkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes bunuh di Sungai Bakap. (Gambar Facebook)
NIBONG TEBAL:

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata mereka ditahan beberapa jam selepas kejadian.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu, dan polis juga menyiasat motif sebenar insiden serangan tersebut.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada polis atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kejadian pada 4.30 petang itu menyaksikan sekumpulan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post