
Dua lelaki dipercayai melepaskan tembakan ke arah kenderaan dipandu Nasaruddin Nasir, komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam sudah ditahan, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, tangkapan itu dibuat kurang 24 jam selepas kejadian.
“Soal siasat sedang dijalankan,” katanya di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Siti Zailah Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung keselamatan pegawai keselamatan sempadan susulan kes tembakan itu.