Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 ditahan menyamar anggota SPRM

today18 November 2024

Background


Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat (tiga dari kanan) dan pegawainya menunjukkan peralatan yang digunakan bagi penyamaran anggota SPRM dalam sidang media khas di IPK Kelantan hari ini. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki dipercayai menyamar anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Pasir Mas, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata lelaki berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan secara berasingan pada 11 pagi serta 9 malam tadi oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am menerusi Operasi Taring Wawasan.

“Hasil soal siasat, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Kasa, Pasir Mas dan menemui pelbagai peralatan dan barangan berkaitan SPRM.

“Polis antaranya merampas sepucuk pistol berisi lapan butir peluru, gari dan kad kuasa SPRM disyaki palsu dalam pacuan empat roda dinaiki suspek,” katanya dalam sidang media khas di IPK Kelantan di sini.

Menurutnya, polis turut menemui lencana dan lambang SPRM pelbagai saiz, baju berlambang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post