

Dua lelaki ditahan susulan kematian seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, Kuala Kangsar, yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.
Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, berkata laporan diterima kira-kira 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.
Beliau berkata, polis kemudian menahan dua lelaki dipercayai terbabit kejadian itu dan menemui sebilah pisau disyaki digunakan sebagai senjata.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek,” katanya menurut Sinar Harian.
Terdahulu, media melaporkan Nor Ainon Omar, 49, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah…