Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 ditemui lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru

today24 July 2024

Background


Anggota bomba berjaya menemui mangsa warga emas yang terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Tebrau semalam. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing, dalam kejadian di Kampung Sri Purnama, Tebrau, Johor Bahru petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Noor Azhan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 petang sebelum menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Katanya, mangsa, Dol Khadir Ibrahim, 68, kemudiannya berjaya ditemui pada 3.51 petang di kawasan tebing sungai, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Pihak bomba menyerahkan mayat kepada pihak polis. Operasi SAR tamat pada 4.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan semalam, menurut Sinar Harian.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Tangkak, seorang pemuda ditemui lemas selepas terjatuh dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post