
SHAH ALAM: Dua eksekutif NGO Aman Palestin dan seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 100 tuduhan membabitkan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan menipu.
Pengerusi eksekutif Abdullah Zaik Abdul Rahman dan CEO Awang Suffian Awang Piut mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Anita Harun.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla).
Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing dikenakan 52 tuduhan pecah amanah membabitkan RM20.9 juta, serta 19 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM12.8 juta.
Kedua-duanya turut didakwa bersama atas 29…