Hot FM

2 gol Bergson bantu JDT tamat kemarau 4 tahun Piala FA



Penyerang dari Brazil Bergson da Silva menyumbang dua gol sekali gus membantu JDT menamatkan kemarau empat tahun tanpa gelaran Piala FA. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dua gol jaringan penyerang dari Brazil Bergson da Silva, membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan kemarau empat tahun tanpa gelaran Piala FA, selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1, pada aksi final musim 2022 di sini, hari ini.

Lebih manis, selain menamatkan kemarau kejuaraan Piala FA, ini juga merupakan kejayaan pertama ketua jurulatih baharu JDT dari Venezuela Hector Bidoglio, selepas bekas pengendali mereka Benjamin Mora, meninggalkan pasukan berkenaan atas urusan peribadi, Julai lepas.

Kali terakhir JDT menjuarai Piala FA adalah pada 2016 selepas menundukkan PKNS FC 2-1. Piala FA 2020 dan 2021 dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Bermain di hadapan 84,321 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, JDT yang turun dengan reputasi selaku juara bertahan Liga Super, melaungkan amaran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version