Site icon Hot FM

2 hari berpaut pada pokok sebelum diselamatkan


(Gambar Bernama)

BUTTERWORTH: Seorang remaja perempuan terpaksa berpaut pada pokok bakau di kawasan berlumpur berhampiran pelabuhan, selama dua hari sebelum diselamatkan.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Faris Izwan Ahmad Fadzilah berkata mangsa berusia 17 tahun itu berjaya diselamatkan selepas lambaiannya meminta tolong disedari seorang pegawai operasi bomba pelabuhan kira-kira 9 pagi tadi.

“Remaja itu dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada Khamis lepas dan berusaha berenang ke arah sebuah bangunan berbumbung biru sebelum tersangkut pada pokok bakau di kawasan berlumpur berhampiran pelabuhan tersebut.

“Sepanjang dua hari tersangkut, mangsa memaklumkan dia berusaha melambai ke arah orang awam untuk meminta pertolongan tetapi tidak disedari oleh sesiapa hinggalah seorang pegawai bomba pelabuhan ternampak lambaiannya dan diselamatkan,” katanya.

Berdasarkan temu bual awal, remaja itu dipercayai mengalami tekanan kerana kecewa apabila…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version