Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 individu bertengkar sebelum terbakar

today28 February 2024

Background


Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan kereta dan motosikal hingga menyebabkan dua individu melecur dalam kejadian di Ipoh, pagi tadi. (Gambar PDRM)

IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki warga emas dan wanita yang melecur dalam kebakaran dua kenderaan dipercayai selepas bertengkar di kawasan perumahan di Taman Utama Bercham, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah kereta dan motosikal serta dua mangsa berusia 67 dan 54 tahun pada kira-kira 10.18 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pergi ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati terdapat sebuah kereta dan sebuah motosikal dalam keadaan hangus terbakar di hadapan rumah.

“Sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa dan apabila keluar dari rumah, dapati kebakaran telah berlaku dan kedua-dua mangsa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post