Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 isteri bekas jurulatih Liga Super bergaduh di restoran

today23 January 2023

Background



Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata kedua-dua isteri jurulatih terbabit sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

PETALING JAYA: Dua isteri bekas jurulatih Liga Super sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan bergaduh di sebuah restoran semalam.

Kedua-dua mereka difahamkan bergaduh di sebuah restoran di Shah alam selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pergaduhan berlaku di sebuah restoran di Shah Alam.

β€œPihak polis ada terima laporan polis daripada kedua-dua belah pihak isteri jurulatih bola sepak tersebut awal pagi tadi,” katanya.

Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Media sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post