
PETALING JAYA: Dua budak lelaki dipercayai lemas dalam kejadian di sungai berhampiran Taman Masai Utama, Pasir Gudang, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Yusri Atan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, kira-kira 6.14 petang tadi.
Katanya, insiden lemas itu membabitkan kanak-kanak berusia sembilan dan remaja berusia 14 tahun.
“Susulan panggilan kecemasan diterima, seramai 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya bomba di tempat kejadian, didapati benar terdapat dua mangsa dipercayai lemas di sungai yang mempunyai kedalaman kira-kira 2.7 meter.
“Sehingga jam 8 malam ini, operasi pencarian masih dijalankan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Setakat ini…