
KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Hafnia Nile dan MT Ceres 1 ditahan bagi membantu siasatan susulan insiden pelanggaran melibatkan kedua-dua kapal terbabit pada 19 Julai lepas di 25 batu nautika Timur Laut, Tanjung Balau, Johor.
Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia (JLM) Mohamad Halim Ahmed berkata kes itu disiasat mengikut Ordinan Kapal Saudagar (MSO) 1952/60.
Beliau berkata ketika kejadian, kapal Ceres 1 yang berlabuh akibat masalah teknikal dilanggar Hafnia Nile yang gagal mengelak kapal berkenaan menyebabkan bahagian ‘port’ Hafnia Nile terlanggar ‘starboard bulbous bow’ Ceres 1.
“Akibat pelanggaran itu kedua-dua kapal terbakar dan rantai sauh Kapal Ceres 1 di bahagian starboard terputus dan menyebabkan kapal berkenaan hanyut,” katanya pada sidang media.
Ceres 1 yang membawa 26 anak kapal itu ialah kapal Chemical/Oil Products Tanker tanpa kargo dan…