
PETALING JAYA: Kegembiraan dua keluarga menyambut Tahun Baharu Cina di Taman Permai Jaya, Sibu di Sarawak bertukar duka selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran pada awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu dua lagi kediaman teres dua tingkat di bersebelahan turut mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, bomba menerima panggilan berhubung kebakaran kenderaan di garaj salah sebuah rumah itu pada 1.13 pagi.
Katanya, seramai 28 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sentral Sibu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.
“Sejurus tiba di lokasi, didapati api masih marak dan kebakaran kereta itu sudah merebak ke rumah pemiliknya serta dua lagi rumah…