
PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa bertindak segera terhadap pihak mencampurkan beras putih tempatan (BPT) dalam beras putih import (BPI) untuk dijual pada harga lebih tinggi.
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata menteri Mohamad Sabu serta Armizan Mohd Ali tidak perlu menunggu Akta Kawalan Beras dan Padi 1994 dibawa ke Parlimen untuk pindaan sebelum mengambil tindakan.
Sebaliknya, veteran PKR itu meminta dua menteri terbabit mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730), Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Makanan 1983.
“Ini kerana Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) telah menemui analisa forensik berdasarkan DNA bahawa BPT dapat dibuktikan secara…