
DAP Sarawak perlu menang lebih daripada dua kerusi pada PRN akan datang bagi mengukuhkan semak dan imbang terhadap kerajaan, kata Setiausaha Organisasi DAP negeri, Violet Yong.
Adun Pending empat penggal itu, berkata perwakilan DAP ketika ini tidak mencukupi untuk berfungsi secara berkesan sebagai pembangkang kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Suara saya (dan suara Adun Padungan Chong Chieng Jen) sahaja dalam DUN tidak cukup.
“Terdapat 82 kerusi secara keseluruhan dengan GPS ketika ini menguasai 80 kerusi, manakala DAP hanya ada dua kerusi,” katanya menurut Dayak Daily.
Yong juga membidas parti yang kini sudah dibubarkan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) diterajui bekas menteri kewangan kedua negeri, Wong Soon Koh, sambil menyatakan DAP adalah satu-satunya parti pembangkang yang teguh…