Site icon Hot FM

2 lagi negeri dilanda banjir


Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu selain Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Jumlah mangsa banjir dipindahkan akibat banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi tadi dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.

Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 PPS, meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS.

Selangor kekal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version