Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 lelaki cuba masuk Istana Negara ditahan, polis rampas parang

today18 May 2024

Background


Rusdi
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, semua suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas cuba memasuki Istana Negara selepas mendakwa mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata dalam kejadian kira-kira 4.40 petang, lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan ketika cuba memasuki Pintu 3 dengan sebuah Perodua Kembara.

Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu turut menemukan sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, semua suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post