
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati, dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata kedua-dua lelaki itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di sekitar daerah itu.
“Kedua-dua suspek direman hari ini bagi membantu siasatan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Kepala Batas hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dalam rumah berkenaan dengan kesan kelar pada lehernya.
Difahamkan, kejadian itu…