Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 lelaki ditahan berkait pusat hiburan dibaling bom petrol

today10 May 2024

Background


baling bom
Tangkap layar video tular menunjukkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di depan sebuah pusat hiburan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki berusia 25 tahun di Batu Caves petang tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan pada 3 petang di sebuah rumah.

“Kita akan mengemukakan perintah reman terhadap kedua-dua suspek terbabit esok dan berdasarkan siasatan awal, kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur ekstremisme,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri IPD Sentul.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata pihaknya juga mengambil keterangan pemilik premis dan pengurus pusat hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post