
KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meletakkan kepala khinzir di sebuah sebuah gerai menjual roti canai di Bandar Teknologi Kajang pada 11 Okt lalu.
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Okt di sekitar daerah berkenaan.
Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian berkenaan dibuat oleh pemilik gerai berkenaan berusia 18 tahun pada 7.30 malam, 11 Okt.
Katanya menurut laporan berkenaan, pemilik gerai itu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan mendapati terdapat dua individu yang tidak dapat dikenal pasti memakai baju berwarna hitam serta helmet hitam dan merah masuk ke dalam kedainya.
“Mereka kemudiannya meletakkan daging kepala khinzir di atas kabinet dan dapur roti canai…