Seorang daripada dua lelaki itu keluar dari kereta dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Iskandar Puteri, Johor semalam kerana cuba menghalang tugas anggota polis.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, dalam kejadian sekitar 8.30 pagi itu, peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis mendapat maklumat ada kereta mencurigakan berhenti di tengah jalan itu.
“Ketika tiba di tempat kejadian, dua lelaki didapati sedang tidur di dalam kereta tersebut. Lelaki di bahagian penumpang keluar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.
“Mereka kemudiannya ditahan dan salah seorang daripadanya tidak memiliki kad pengenalan,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dua suspek itu dalam keadaan mabuk dan memiliki rekod jenayah lampau…
