Hot FM

2 lelaki Malaysia dipenjara keluar wang hasil penipuan di Singapura


jail prison
Kedua-dua lelaki itu mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Singapura atas tuduhan dalam konspirasi mengendalikan hasil daripada aktiviti jenayah. (Gambar fail)
PETALING JAYA:

Dua lelaki warga Malaysia yang terlibat dalam sindiket berkaitan penipuan dan penyamaran di Singapura dihukum penjara kerana mengeluarkan wang SGD1.4 juta (RM4.3 juta) yang dipercayai hasil jenayah melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Chang Yang, 23, dijatuhi hukuman penjara empat tahun empat bulan kerana mengeluarkan lebih SGD770,000 daripada ATM, manakala Thong Yoong Khean, 27, yang mengeluarkan hampir SGD660,000, menerima hukuman penjara empat tahun, lapor Straits Times.

Kedua-duanya mengaku bersalah bulan lepas atas pertuduhan terlibat dalam konspirasi mengendalikan hasil daripada aktiviti jenayah, yang melibatkan jumlah keseluruhan lebih daripada SGD403,000.

Pertuduhan lain berkaitan baki jumlah wang tersebut turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Lelaki tersebut menyimpan sehingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version