Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 lelaki serang peguam di P Pinang diburu polis

today26 October 2024

Background


Lee Swee Sake
Menurut Pemangku Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake, kejadian dipercayai bukan bermotifkan samun dan suspek didapati menggunakan kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai menyerang seorang peguam sehingga cedera dalam kejadian di hadapan sebuah kedai kopi di Persiaran Karpal Singh 2 di sini pada Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Timur Laut , Lee Swee Sake, berkata serangan yang berlaku kira-kira 9.50 pagi itu menyebabkan mangsa seorang lelaki warga tempatan dan berusia 37 tahun menerima tujuh jahitan di kepala.

“Polis kini giat memburu dua lelaki tempatan dan berdasarkan siasatan, mereka diupah oleh seseorang atau “mastermind” untuk menyerang peguam itu dengan menggunakan besi.

“Dua lelaki itu menaiki sebuah kereta semasa kejadian namun pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu, kami percaya insiden itu bukan bermotifkan samun,” katanya ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post