
PUTRAJAYA: Dua lelaki terlepas daripada hukuman gantung hari ini selepas pertuduhan mengedar dadah dihadapi mereka dipinda kepada memiliki dadah.
Chow Kum Yuen, 37, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan manakala S Inthiran, 31, dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas mereka mengaku bersalah di hadapan panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan terhadap pertuduhan memiliki dadah.
Kes kedua-dua lelaki itu didengar secara berasingan hari ini oleh panel yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim Mahkamah Persekutuan Harmindar Singh Dhaliwal dan Rhodzariah Bujang.
Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka bagi kesalahan mengedar dadah dan menggantikannya dengan pertuduhan memiliki dadah.
Ini selepas peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Chow dan peguam Baljit Singh…