Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Senai Desaru menyaksikan dua wanita maut dan lima cedera.

JOHOR BAHRU: Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuh Raya Senai Desaru menghala ke Senai di Kota Tinggi, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Faizal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta Perodua Alza dan Hyundai i30 itu pada pukul 3 petang.
Beliau berkata Alza tersebut membawa enam penumpang dengan dua daripadanya maut, dua lelaki dan seorang perempuan cedera, serta seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki Hyundai i30 juga cedera.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Alza. PKO mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mereka disahkan…
