
PETALING JAYA: Dua maut selepas bot laju mereka bertembung sebuah bot pelancong di perairan Kampung Balimbang, Semporna semalam.
Ketua Polis Semporna, Mohd Sabri Zainol, berkata nahas kira-kira 9.45 pagi itu membabitkan bot laju mangsa dan sebuah bot pelancong membawa 12 penumpang dalam perjalanan ke Pulau Mabul.
Menurutnya, bot laju dinaiki dua lelaki berusia 45 dan 50 tahun itu mengalami kerosakan teruk.
“Kejadian itu juga menyebabkan kedua-dua mangsa terhumban ke dalam laut dan dilaporkan hilang,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah orang ramai segera melakukan pencarian dua mangsa hilang.
“Mangsa ditemui tenggelam dan dalam keadaan tidak bernyawa. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.”
Sabri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian…