Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 maut dalam nahas 2 kereta di Baling

today9 December 2023

Background


Mangsa maut ialah pemandu Proton Persona, Mohammad Syawal Mohd Sukri, 29, dan penumpang Perodua Kancil, Rokiah Kassim, 59.

Keadaan di tempat kejadian selepas Perodua Kancil bertembung dengan Proton Persona di Kampung Ketemba, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik dekat Baling petang tadi. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Dua individu maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kampung Ketemba, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik dekat Baling.

Mereka ialah pemandu Proton Persona, Mohammad Syawal Mohd Sukri, 29, dan penumpang Perodua Kancil, Rokiah Kassim, 59.

Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung nahas itu yang membabitkan tujuh mangsa pada 5.20 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Syawal yang dinaiki empat mangsa lain dalam perjalanan dari Jeli menuju Sidam, Sungai Petani, manakala kenderaan dinaiki Rokiah bersama seorang lagi mangsa dari arah Kulim menghala Baling.

“Sampai di lokasi kejadian, Perodua Kancil dipandu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post